Sulit

6 tahun

Batuk berpanjangan dan tidak sembuh adakah simptom covid19

Hi. Sy mula selsema dan sakit tekak pada 11hb. Hari ke esokkannya sy masih selsema yg teruk dan berair. Pd 13hb sy masih selsema dan sakit tekak mula berkurangan dan mula demam dan batuk. Sebelum ni sy hanya bergantung kpd panadol soluble dan actifast sahaja. Ketika ini sy mula mempunyai kesukaran utk bernafas menggunakan hidung. Pernafasan sy melalui mulut mempunyai bunyi. Pada mlm tersebut sy hanya mkn ubat batuk hurix dan menggunakan gargle. Pd 13hb malam waktu sy nak tidur sy mempunyai kesukaran utk tidur disebabkan oleh sistem pernafasan sy semakin teruk dan xboleh bernafas guna hidung langsung. Pagi 14hb sy ke klinik 24jam yg berhampiran dan doctor mengatakan kpd sy terdapat infection di tekak dan triggered kepada asma dan gas telah diberikan kpd sy. Fyi sy x pernah ada sejarah asma. Bunyi pernafasan sy yg laju dh berkurang tetapi masih ada sesak nafas. Doc telah bagi sy ubat antibiotik klacid. Harini ubat tu habis diconsume. Tapi pada hari ini gejala batuk sy tidak berkurangan dan sy merasakan terdapat bunyi di tekak apabila sy menghembuskan nafas. Kadang2 menyebabkan sy sakit dada. Utk pengetahuan doc juga family sy ada ke majlis perkahwinan saudara di mana terdapat individu yg positif covid-19 turut hadir di majlis tersebut. Individu tersebut merupakan kenalan tuan rumah. Mak sy mempunyai simptom batuk n diarrhoea dan diarahkan oleh pihak hospital utk kuarantin dirumah. Mak sy tidak ada direct contact dgn pesakit cuma mak sy ada di majlis itu yg dimana pesakit yg disahkn positif turut berada di situ. Manakala sy tidak hadir ke majlis tersebut. Utk pengetahuan doc juga sy baru balik ke kampung halaman menaiki bas ekspress pada 9hb daripada tbs ke larkin. Adakah ini merupakan simptom2 covid19?

Salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan.

Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi dan adakah kemungkinannya disebabkan oleh jangkitan COVID-19.

Menurut WHO, gejala yang biasa dialami akibat jangkitan COVID-19 adalah:

  • Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
  • Keletihan
  • Batuk
  • Lenguh dan sakit sendi
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Kesukaran bernafas

Oleh kerana ibu anda mempunyai sejarah menghadiri keramaian yag turut dihadiri oleh individu positif COVID-19 serta mempunyai gejala jangkitan, anda dan ibu anda disarankan untuk merujuk kepada doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) bagi mendapatkan nasihat tentang tindakan seterusnya.

Sementara itu, anda dan ibu anda disarankan untuk mengelak dari bertemu dengan orang lain yakni meneruskan kuarantin bagi langkah keselamatan.

Amalkan langkah–langkah berikut semasa anda diletak di bawah pengawasan dan pemantauan di rumah (home surveillance):

• Perlu sentiasa boleh dihubungi pada setiap masa.
• Sentiasa berada di rumah sepanjang dalam tempoh pengawasan ini.
• Hadkan pelawat atau tetamu yang datang ke rumah anda.
• Senaraikan semua orang yang datang menziarahi anda.
• Sentiasa amalkan adab batuk yang baik.
• Sekiranya anda bergejala, sentiasa pakai face mask. Jika tidak memakai face mask, tutup mulut dan hidung anda menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan CUCI TANGAN serta merta dengan sabun atau hand sanitiser.
• Hadkan jarak anda dengan mereka yang sihat sekurang-kurangnya 1 meter.
• Pakai face mask sekiranya keluar dari bilik dan elakkan bergaul dengan orang lain.
• Pastikan pengudaraan rumah dalam keadaan baik dengan membuka tingkap.
• Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri.

Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)

Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home

Terima kasih.

body%20ache%20during%20sickness

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19

Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini

Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)