
Anonymous
5 tahun
Batuk berpanjangan, sehingga berbulan
Sy ada anak lelaki berumur 1tahun 6bulan sudah dua bulan anak batuk ada kala reda batuk ,kadang jadi batuk tanpa henti ,ada kah normal budak sentiasa batuk sebelum umur mencecah 5tahun, kata dokter ini normal bagi budak yg berumur bawah 5tahun , sebb dia terdedah kepada habuk .kadang sy sebagai ibu risau kerana penafasan yg laju , tapi tiap kali ke klinik atau emergency hospital selepas neb dia ok dan aktif , ada kah itu punca asma ?sy dh pergi hopital tp dokter bagi appoitment 1bulan ,1bulan masa yg lame utk checkup ,sedang kan ank sy kerap batuk

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Anak yang sering batuk mungkin disebabkan oleh:
- Asma akibat alahan
- Jangkitan paru-paru
- Masalah gastrousus menyebabkan mudah batuk apabila baring atau menyusu
Bayi sering terdedah kepada jangkitan akibat daripada sistem imunisasi yang masih dalam proses perkembangan. Oleh itu, anda harus meningkatkan tahap kebersihan sekeliling rumah dan alat bayi malahan orang sekeliling juga.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.