
Sulit
3 tahun
Batuk dan demam selepas kuarantin covid
Saya ingin bertanya,Saya masih lagi batuk dan kadang2 demam(makan ubat demam) selepas kuarantin covid .Adakah ini kesan long covid,atau Saya perlu buat swab lagi.

3 tahun
Salam sejahtera & terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala batuk dan demam selepas kuarantin 14 hari. Anda juga ingin mengetahui sekiranya ia disebabkan oleh virus masih di dalam badan dan adakah ia akan menjangkiti orang lain. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, long COVID syndrome merupakan kumpulan gejala yang dapat ditemukan pada individu yang pernah dijangkiti virus COVID19. Antaranya termasuk
- lemah badan
- sakit dada
- susah memberikan fokus
- pening atau sakit kepala
Namun begitu, WHO telah menyenaraikan simptom yang lazimnya ditemukan bagi jangkitan COVID-19. Antaranya termasuk:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Batuk
- Keletihan
- Sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kehilangan rasa atau bau
- Sesak nafas
Sekiranya gejala-gejala tersebut dialami oleh individu dengan sejarah positif COVID19 yang telah menyelesaikan kuarantin, ia boleh disebabkan perkara yag serius seperti
- jangkitan COVID19 yang masih aktif
- jangkitan semula (atau kali kedua) kepada COVID19
- jangkitan virus atau bakteria lain yang memberikan gejala yang hampir sama
Sekiranya dijangkiti lagi, maka ia juga boleh menjangkiti orang lain.
Selain itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). untuk maklumat lanjut.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini