
Sulit
5 tahun
Batuk dan muntah selama dua hari
Saya wanita 20 an sy mengalami batuk tanpa henti tapi pada waktu malam disusuli muntah . Suhu badan saya normal sahaja . Apakah petanda masalah yg dihadapi oleh saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang dialami berupa batuk sehingga muntah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastroesophageal reflux disease (GERD) suatu keadaan apabila asid perut naik sehingga ke esofagus
- Asthma
- Pneumonia yaitu jangkitan paru-paru
- Bronchitis yaitu peradangan saluran paru-paru
Sekiranya gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu rutin tidur dan kerja harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.