
Sulit
4 tahun
Batuk dan selsema ringan
Hai Doc saya mahu bertanya , apakah boleh minum ubat batuk ketika menyusui anak yg berumur 1 tahun 11 bulan ? Mohon pencerahan nya doc , terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Namun jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Untuk pengetahuan anda terdapat beberapa jenis ubat batuk yang di takrifkan selamat untuk penggunaan pada wanita hamil jika diambil dalam dos yang terkawal. Walau bagaimanapun, anda disarankan berjumpa doktor untuk menilai kondisi batuk anda yang sebenar seterusnya agar rawatan yang lebih tepat dapat disyorkan.
Antaranya termasuk
- dextrometrophan & guaifenesin (perlu mendapat preskripsi doktor)
- ubat-ubatan sapu pada kulit
- expectorant & suppresant yang khusus pada wanita hamil atau menyusu
Namun penggunaan ubat-ubat batuk herba disarankan untuk mendapat persetujuan doktor terlebih dahulu. Tambahan lagi, sekiranya gejala tersebut anda berterusan setelah penggunaan ubat, saya sarankan agar anda sekeluarga mendapatkan rawatan secara langsung di klinik atau hospital yang berdekatan.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.