Sulit

3 tahun

Batuk dan tekak bengkak on off sejak bulan 1 dan Sakit kepala sebelah kanan

Hi. Saya berumur 32 tahun. Saya sakit seperti di bawah:

  1. Saya selalu on off gatal tekak dan akan batuk bila terlalu gatal di tekak sejak bulan 1. Diikuti terasa seram sejuk mahu demam. Kadang2 tekak akan bengkak dan ada nanah berwarna putih di tepi kiri dan kanan tekak. Bila tekan memang sakit. Sampai ke telinga dan bawak ke kepala. Adakah ni madalah tonsil?

  2. Sejak 3minggu lepas kepala saya sakit di bahagian belakang. Dan sejak 2 minggu lepas start sakit sebelah kiri di sebelah dalam berdenyut2. Kadang2 bila tidur sebelah kiri kepala jadi pusing dan pening. Masalah migrain ke? Atauada kaitan dengan masalah no 1 tadi?

  3. Saya terasa sakit di sebelah kiri dada. Sudah check tapi xada ketulan cuma saya start sakit di belah kiri belakang. Dan tangan kiri selalu terasa kebas. Pernah xray takot masalah jantung tapi xada apa2.

  4. Boleh tahu berapa kos untuk buat MRI di swasta dan kerajaan dan apa prosedure untuk buat MRI.

Terima kasih in advanced.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.

  1. Terdapat banyak punca batuk dan tekak gatal. Namun keterangan anda lebih kepada jangkitan tonsil. Pemeriksaan lanjut perlu dijalankan sebelum memberi kesimpulan ini.

  2. Sakit kepala bahagian belakang boleh disebabkan oleh:

  • Migrain - faktor pencetus seperti coklat, keju, kafein
  • Pendarahan dalaman - faktor risiko seperti trauma dikepala, darah tinggi
  • Jangkitan dalam kepala - seperti meningitis
  • Sakit berkaitan mata - seperti rabun jauh/dekat, astigmatism, glaukoma
  • Kesan darah tinggi
  1. Untuk makluman anda, sakit dada sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
  • Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
  • Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
  • Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
  • Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
  • Serangan jantung
  • Gangguan emosi
  1. MRI di hospital kerajaan bergantung kepada penilaian doktor serta bayarannya bergantung kepada kelas pesakit dan bahagian MRI. Di hospital swasta pula bergantung kepada hospital tersebut. Anda boleh mencari maklumat tentang hospital yang anda berminat untuk pergi di laman sesawang mereka.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

batuk-kering

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (10)