
atikahjaffar98
5 tahun
Batuk hingga terkencing
Saya wanita berusia 20an dan belum pernah berkahwin. Saya dah batuk lebih kurang seminggu, semasa saya batuk saya akan terkencing. Menyebabkan saya perlu memakai pad seperti org period. Kebanyakkan artikel yg saya cari berkaitan dgn kehamilan sedangkan saya belum pernah berkahwin pun. Boleh saya tahu apa punca jadi seperti itu? Saya harap doktor dpt membantu masalah saya. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, walaupun mudah terkencing akibat batuk berterusan boleh menganggu anda, anda harus perhatikan bahawa keluhan mudah terkencing ini tidak akan timbul sekiranya anda tidak batuk. Malah, ia boleh jadi adalah reaksi tubuh normal sekiranya batuk anda terlalu kuat. Oleh itu, sebaiknya kita atasi dahulu keluhan batuk anda. Batuk berterusan boleh timbul akibat:
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Occupational akibat pekerjaan
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.