Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Batuk lebih 2 bulan batuk bekahak

Dijawab oleh: Patient Care Consultant

Dikemaskini pada: Mei 27, 2019 1:21 AM

Anonymous 23 bulan

Saya telah mengalami batuk lebih dari 2 bulan. Saya dah pergi klinik diberi antibiotik dan bena expectorant. Tapi tak bekesan batuk still masih ada lagi. Ubat farmasi seperti ubat batuk cap kelapa laut, ubat batuk ibu dan anak, ubat batuk prospan, lozenge strepsils 2 kotak, lozenge woods 2 kotak, dan lozenge gunko tapi masih juga tak sembuh-sembuh. Dari batuk kering sekarang saya dah batuk bekahak. Warna kahak putih+kuning/hijau. Seterusnya patut tak saya try mucinex. Apa juga ubat yang sesuai untuk sembuhkan batuk saya.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Untuk makluman pihak anda, ubat mucinex biasanya digunakan untuk merawat masalah:

  • Batuk
  • Kesesakan dada

Mucinex berfungsi untuk melegakan gejala-gejala keadaan ini tetapi bukan rawatan untuk penyebab utama kesesakan atau mengurangkan masa keseluruhan penyakit-penyakit ini. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera untuk rawatan selanjutnya.

Selain daripada ubat batuk, anda boleh melegakan batuk & kahak dengan beberapa langkah:

  • Mengambil minuman panas tanpa gula seperti air lemon dan madu
  • Kurangkan makanan pedas dan berminyak
  • Jauhi rokok atau orang lain yang merokok
  • Minum air putih dengan kerap
  • Dapatkan rehat yang secukupnya

Sekiranya batuk & kahak anda masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon May 27 2019 01:21:19 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Urologi tentang URTI secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19