
Sulit
5 tahun
Batuk ringan dan baru balik dpr Korea 7 march
Salam, saya baru balik dr Korea Selatan 7 mac. Saya ada mengalami batuk ringan. Setelah membuat kuiz tahap risiko, Is mencadangkan saya pergi membuat ujian selanjutnya di pusat kesihatan. Soalan saya, bolehkah saya membuat ujian dia hospital Kuala Lumpur. Soalan ke2, adakah ujian bole dilakukan pada hari ahad.

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya ambil maklum bahawa anda baru sahaja kembali dari negara Korea dan telah melakukan ujian penilaian risiko
Untuk pengetahuan lanjut, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Saya menggalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini