Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Batuk, Selsema & Asma

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 16, 2020 10:42 AM

Sulit 21 hari

1. Kadang kala saya mengalami gejala selsema (One Off) disebabkan mempunyai gejala resdung, adakah ia merupakan salah satu simptom Covid-19?

  1. Kadang kala saya mengalami batuk secara One Off, adakah ia merupakan salah satu simptom Covid-19?

Sekian, terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 21 hari
General Practitioner

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.

Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:

Berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh

Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.

Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:

  • Mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat

  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.

  • Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus

  • Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang

  • Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna

  • Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah

  • Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.

Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tetap tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat May 16 2020 10:42:08 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Tekak gantal dan batuk tidak kerap dan kadang tidak mahu batuk saya seorang lelaki berusia 23 tahun,saya mengalami tekak gatal dan batuk tidak kerap dalam sehari 5 kali ke 6 kali macam to saya mengalami selama 2 hari akan tetapi saya termakan makanan bermin… Baca lagi...
14 hari
boykun86
Adakah ini tanda covid-19 Batuk, pernafasan kadang2 sesak, sakit di dada, dengupan jantung laju & tapak kaki berasa sakit apakah tanda ini? Baca lagi...
16 hari
Sulit
Covid 19 boler sebar melalui Bersin Salam Doctor… Saya ada pertanyaan. Rakan sekerja saya suka bersin dan tidak pakai Face MASUK… Hari ini dya bersin depan saya…tapi check suhu dya 36.8 sahaja Persoalan saya adakah covid 19 bol… Baca lagi...
36 jam
Sulit
Tiga (3) Soalan berkaitan Kes COVID-19 di Pejabat Salam Sejahtera Dr. Saya ada beberapa soalan berkaitan Kes COVID-19 yang ingin ditanyakan. Apakah prosedur untuk ‘isolation of COVID-19 suspected case’ dan kriteria-kriteria ‘isolation room’? … Baca lagi...
9 hari
Sulit
Was was kena Covid bila kutip barang Kat luar rumah Hi doctor Saya satu pertanyaaan Anak Saya umur setahun 7 Bulan dya suka main luar rumah tapi dya suka kutip benda di luar contoh tisu, kertas atau plastic… Dya suka main ngan benda… Bila Saya na… Baca lagi...
6 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi