mieraira36
6 tahun
Batuk selsema dn pulang dari negra high risk
Hi doctors, sorry sya ada soalan . Sya dalam tempoh quarantines di rumah , saya baru pulang dari negara high risk iaitu korea ,kerana berkerja di sana . Selepas seminggu saya mempunyai batuk kering dan kadang2 selsema . Adakah saya perlu menjalani ujian saringan covid-19 ini
6 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan yang telah anda ajukan. Saya memahami kebimbangan anda. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Selain COVID-19, sImptom yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antara Punca-puncanya ialah:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Namun, bagi mengenalpasti risiko anda terhadap jangkitan COViD-19, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































