Sulit
2 tahun
Batuk selsema,hilang deria bau
Sy berumur 28 thn. Beberapa hri yg lepas sy terkena batuk kering dn selsema. Skrg sy dh mula hilang deria bau. Adakah sy terkena jangkitan Covid19? @ hnya selsema biasa sja?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, kumpulan gejala yang dinyatakan sememangnya seiring dengan jangkitan Covid-19. Namun begitu, selagi tiada keputusan RTK-antigen positive atau sejarah kontak rapat kemungkinan jangkitan adalah rendah.
Kami sarankan agar ujian RTK-antigen Covid-19 didapatkan. Anda boleh dapatkannya pada pautan di bawah.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini