
Sulit
4 tahun
Batuk semasa mengandung dan saya kena detect kencing manis semasa mengandung
Sy berumur 31tahun Sy sdg mengandung 6bulan lbh n ambil ubat kencing manis n insulin. Blh ka sy mkn ubat batuk cap ibu n anak… Tp sy juga mkn ubat cair darah… Tak apa ka kalau sy ambil ubat batuk cz skrg ni sy batuk n tekak pun rasa gatal…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Saya tidak sarankan untuk mengambil apa-apa ubat sewaktu mengandung tanpa berjumpa dengan doktor dahulu. Terdapat maklumat yang terhad tentang ubat yang anda nyatakan untuk mengetahui bahawa ia adalah selamat untuk kandungan anda atau tidak. Disebabkan kekurangan maklumat tentang keadaan anda dan kehamilan anda, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini.
Oleh itu, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan dan dapatkan rawatan yang selamat digunakan oleh ibu mengandung.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.