
hartinimz
5 tahun
Batuk teruk terutama malam dan ketika baring waktu malam atau siang
Hai Doctor.
Saya alami batuk yang terus menerus. Maksudnya bila batuk akan keep batuk dan batuk. Apa yang saya perasan saya akan jadi sebegitu waktu malam atau ketika berbaring.
Saya telah alami gejala batuk ini sejak Jumaat 14 Mac 2020. Adakah terdapat keperluan untuk saya ke hospital bagi rawatan lanjut? Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan yang telah anda ajukan. Saya memahami kebimbangan anda. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius) bagi kanak-kanan demam adalah 38.0
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Masalah batuk berpanjangan pada waktu malam adalah disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan. Antaranya:
- acute bronchitis
- asma
- Tibi
- Masalah kegagalan jantung
Memandangkan anda mengalami batuk berpanjangan, anda disaranakan untuk menjalani kuiz penilaian risiko. Untuk menilai risiko jangkitan COVID-19, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anak anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anak anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara percuma dengan merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini