
Sulit
5 tahun
Bawah perut mengeras dan tidak sakit
Hai… maaf menganggu saya ingin bertanya lebih lanjut berkenaan bawah perut mengeras tetapi tidak sakit. Dr telah memberi pendpt awal kemungkinan senggugut, jangkitan kuman pada pundi kencing atau batu pada saluran kencing. Mengikut tarikh saya akan period pada 21 hb. Ada juga rasa sakit pada breast. Cuma sakit senggugut pada perut belum lagi terjadi. Agak merunsingkan perut mengeras. Beberapa bulan dahulu ada terjadi tapi saya biarkan dan hilang. Kini terjadi lagi. Jika berkaitan jangkitan pada pundi kencing, apa yang perlu saya lakukan untuk mengubati? Saya juga kadangkala kerap membuang air kecil tapi perkara ini berlaku apabila berasa sejuk dan banyak minum air. Terima kasih untuk respon yang akan diberikan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Sekiranya anda berasa tidak selesa pada perut, kerap kencing atau kencing sakit dan demam, anda perlu merujuk dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan diperlukan bagi memberikan diagnosis yang konklusif. Untuk memberikan diagnosis dan rawatan yang konklusif dan privasi, anda boleh klik di link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan salah seorang dari doktor kami. Sekian.