Sulit
6 tahun
Bawah perut mengeras tetapi tidak sakit
Saya wanita 20 an. Kebelakangan ini saya perasan perut bawah pusat seperti mengeras. Tetapi tidak sakit. Haid saya adalah normal setiap bulan. Tapi keputihan ada. Saya risau adakah saya menghidapi penyakit berbahaya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, perut menggeras boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah;
- Senggugut
- Jangkitan kuman pada pundi kencing
- Batu pada saluran kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.






























