
Sulit
4 tahun
Bawah pusat rasa sakit tapi tak rasa sakit dan rasa nye setiap hari tapi tak tentu waktu bila rasa
Saya datang period lambat dan saya rasa mual-mual dan tak ad selera makan tapi selepas berapa minggu saya tidak boleh bau makan seperti telur or ayam tapi lepas berapa minggu bila saya rasa teringin baru blh mkn tapi dgn kuantiti sedikit dn lepas sebulan saya period tapi sedikit…lebih mual-mual masih ad tapi sekitar pusat dn bawah pusat saya rasa nyeri setiap hari tapi tidak sakit… Bila saya terhentak or bersukan bawah pusat saya dkt dgn rahim rasa sakit… Lepas 3 bulan perut bawah pusat saya membesar sedikit dan rasa nyeri yg sama setiap hari tapi tk ad dikawasan sekitar pusat lagi cuma dia bawh pusat je tidak sakit dn badan saya kadang2 sgt lemah dan kadang2 bila berdiri lama or bergerak banyk betis saya sakit tapi saya period tak tentu dan bulan ni saya dah lewat 7 hari semoga doktor boleh tolong saya

4 tahun
Hai, salam sejahtera dan selamat petang. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan dan kerisauan yang anda hadapi pada waktu ini. Untuk makluman anda, gejala haid tidak teratur ini merupakan perkara yang biasa dialami oleh segelintir wanita yang sihat dan kebiasaanya adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon wanita. Seterusnya ia akan mempengaruhi kitaran haid. Antara punca kitaran haid tidak teratur adalah :
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. wujud bersama simptom-simptom lain seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah kencing sakit.
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
Sakit bawah perut boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Haid ( menstrual cramp)
- Endometriosis
- Fibroid rahim
- Polip rahim
- Kanser serviks
- Ketumbuhan atau kanser ovari
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan salur kencing
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami sarankan anda untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi memperbaiki kitaran haid anda iaitu:
- Kurangkan stress
- Amalkan pemakanan yang sihat mengandungi fiber dan vitamin
- Cukupkan rehat dan tidur
- Amalkan senaman secara berkala
- Banyakkan minum air
- Kurangkan pemakanan yang kurang berkhasiat
- Kurangkan merokok dan minum alkohol.
Sekiranya gejala ini berlarutan, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan untuk mengenal punca masalah anda dan mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!