Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Bayi 2 bulan minum susu formula tidak berak 5 hari

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Jun 8, 2021 1:58 PM

Sulit 56 hari

Anak saya berusia 2 bulan dan minum susu formula. Anak sudah 5 hari tidak berak. Tetapi perutnya tidak kembung. Anak selalu kentut Dan kentutnya tidak berbau. Anak tidak menunjukkan symptoms kurang minum susu and tidak meragam atau menangis. Perlukah saya pergi ke klinik untuk rawatan lanjut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 56 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami faham kebimbangan anda terhadap anak anda yang tidak membuang air besar buat beberapa hari dan ini sudah tentu menimbulkan pelbagai tanda tanya. Namun jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.

Untuk pengetahuan anda, kekerapan membuang najis bagi setiap bayi atau individu adalah berbeza dan ini bergantung dengan beberapa faktor seperti:

  • Umur
  • Pergerakan usus
  • Pemakanan

Secara purata, bayi akan membuang najis 1 hingga 2 kali sehari dan juga boleh membuang najis selang 2 atau 3 hari sekali. Mengenai masalah yang dialami oleh anak anda, kami sarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya pemeriksaan lanjut boleh dibuat.

Berikut merupakan antara punca lazim mengapa anak anda tidak membuang najis:

  • Dehidrasi
  • Jangkitan usus
  • Pergerakan usus yang perlahan

Kami juga sarankan anda untuk menghubungi doktor kami di atas talian untuk mendapatkan pandangan kedua dan juga supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut. Kami berharap jawapan kami membantu anda.

Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.

Dikemaskini pada: Tue Jun 08 2021 13:58:11 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Kanak-kanak tentang kesihatan kanak-kanak secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19