lenqiaz
4 tahun
Bayi 4 bulan Demam Panas secara tiba-tiba
Hai doktor.
Anak saya berumur 4 bulan 1 hari mengalami demam panas secara tiba-tiba. Check suhu menggunakan dua jenis thermometer, menunjukkan bacaan 38.3’c.
Soalan saya, apakah langkah mudah yang boleh dilakukan pada ketika ini untuk menurunkan suhu badan anak saya?
Soalan seterusnya, apakah simptom-simptom yang menandakan anak saya perlu diberi rawatan dengan segera?
Terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sistem imunisasi bayi yang masih berkembang mengakibatkan bayi mudah terdedah kepada jangkitan. Oleh itu, anda harus:
- Memastikan persekitaran rumah bersih.
- Mengendalikan makanan bayi dengan bersih.
- Membersih alatan bayi seperti botol susu.
- Tidak meletakkan bayi yang sakit berinteraksi dengan yang sihat.
- Apabila demam, pastikan badan bayi sentiasa sejuk seperti tidak memakai baju tebal dan pastikan badan bayi dilap dengan air.
- Memastikan hidrasi bayi dengan meneruskan pemberian susu seperti biasa dan apabila bayi memerlukan.
Segera berjumpa doktor apabila perasan:
- Bayi lemah dan tidak aktif
- Bayi hilang selera makan
- Bayi tidak responsif terhadap stimulasi
- Bayi nangis dengan kuat dari biasa atau merengek dengan berlarutan
Namun begitu kita harus mengetahui punca masalah yang anda hadapi sebelum memberi rawatan seterusnya. Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.