Sulit
4 tahun
Bayi 5 bulan terjatuh dari katil
Hi doc. Bayi saya baru berumur 5 bulan dan ketika dia baring dalam babycot, saya terlupa tutup penghadang babycot dan dia meniarap lalu terjatuh. Agak kuat juga bunyinya dan kepalanya mungkin terhentak sekali. Menggigil saya bila bayi menangis tak henti. Tapi lepas beberapa ketika saya pujuk dan beri susu, dia dah ok dan berhenti menangis dan main seperti biasa.
Cuma yang merisaukan saya adakah hentakan kuat di kepala tadi memberi kesan buruk? Walaupun baby nampak ok tapi saya tak tahu implikasinya pada masa akan datang. Saya takut akan berlaku gegaran otak. Di mana kah saya perlu minta pertolongan dan adakah saya perlu jumpa pakar paediatric?
Dan boleh juga doktor beri tanda2 jika bayi dalam keadaan tak ok? Terima kasih doktor.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anak anda masih meneruskan aktiviti harian seperti biasa, kemungkinan besar dia tidak mengalami apa-apa jua masalah. Sekiranya anak anda mula mempunyai gejala sawan, menangis dengan tidak berhenti-henti, tidak aktif seperti biasa, anda perlu membawa anak anda ke hospital dengan segera.
Jika anda masih merisau, anda boleh mengunjungi doktor supaya pemeriksaan yang lebih teliti dapat dibuat untuk mengenalpastikan situasi anak anda. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.