
Sulit
4 tahun
Bayi 7 bulan lebih kencing kurang, kerap berpeluh
Anak saya sudah berumur 7 bulan lebih dan mula mengambil makanan pejal sejak berumur 6 bulan. Anak saya juga menyusu badan sepenuhnya sehingga umur 6 bln. Selepas 6 bln, anak minum susu formula dan ada ketikanya direct breastfeeding. Jika minum susu formula, biasanya dlm 2-3oz dalam sehari 6-7 kali dan breastfeed anggaran 6-8 kali paling kurang masa 10 min. Saya perasan, semenjak pengambilan makanan pejal, pampers anak terasa ringan. Anak akan makan pejal 2x sehari. Jika dulu, pampers anak rasa lebih berat terutama pada sebelah malam. Sekarang, walaupun menyusu kerap, pampers rasa ringan. Bayi ada kencing dan pampers akan basah tetapi saya risau jika ada masalah lain. Anak saya aktif seperti biasa dan dia juga kuat berpeluh. Bagaimana nak tahu jika kurang kencing ini menjadi masalah? Adakah ini petanda susu badan saya tidak mencukupi lagi untuk anak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang bayi anda hadapi iaitu kurang kencing. Untuk makluman anda, bayi boleh membuang air kecil sekerap setiap tiga hingga tiga jam atau tidak kerap iaitu sebanyak empat hingga enam kali sehari.
Jika ketika bayi sakit atau demam, atau ketika cuaca sangat panas, pengeluaran air kencingnya yang biasa mungkin turun separuh dan masih normal. Membuang air kecil yang normal tidak akan menyebabkan kesakitan. Namun, sekiranya anda melihat tanda-tanda kesusahan semasa bayi anda membuang air kecil, beritahu pakar pediatrik anda, kerana ini boleh menjadi tanda jangkitan atau masalah lain pada saluran kencing.
Pada bayi yang sihat, air kencing adalah berwarna kuning muda hingga gelap. Air kencing akan lebih pekat ketika anak anda tidak minum banyak susu/cecair dan boleh ditandai dengan tanda dehidrasi yang lain.
Anda amat disarankan berjumpa dengan doktor sekiranya bayi anda mengalami antara gejala seperti:
- Sering menangis
- Lemah/ tidak bermaya
- Mata cekung
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih