Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Bayi 9 bulan setengah berak berdarah selepas seminggu cirit birit teruk

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mac 1, 2020 6:37 AM

norsuryani1988 32 hari

Ank saya berusia 9bulan setengah. Pagi ini banyak sangat dia berak & saya ternampak ada darah semasa meneliti najisnya. Ini kerana anak saya ada mengalami cirit birit teruk & baru je berhenti semalam. Samalm berak 4 kali sahaj berbanfing berbelas kali selepas 3 hari consume smecta. Tengah hari ini, anak saua berak sikit sangat yang berwarna hijau tapi ada darah yang nak ke maroon kehitaman. Apakah saya perlu lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 32 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah anda.

Berak cair dalam kalangan bayi kadang-kadang adalah perkara biasa. Namun sebagai ibu-bapa, anda harus perhatikan gejala cirit-birit yang lain. Ini termasuk muntah-muntah, demam, dan kadang-kadang darah atau lendir dalam najis bayi anda

Cirit-birit boleh disebabkan oleh:

  • alergi
  • minuman susu formula yang tidak sesuai
  • selsema
  • antibiotik
  • keracunan makanan
  • kekurangan enzim(walaupun jarang berlaku)

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anak anda serta pemeriksaan perlu dijalankan. Anda dinasihatkan untuk membawa anak ke hospital atau klinik untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah ini lebih lebih lagi anak anda telah berak berdarah. Sila ke klinik atau hospital dengan segera.

Keterangan ini ialah jawapan am bagi gejala yang bayi anda hadapi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sun Mar 01 2020 06:37:16 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
norsuryani1988
Bayi 9 bulan setengah berak berdarah selepas seminggu cirit birit teruk Ank saya berusia 9bulan setengah. Pagi ini banyak sangat dia berak & saya ternampak ada darah semasa meneliti najisnya. Ini kerana anak saya ada mengalami cirit birit teruk & baru je berhenti semalam.… Baca lagi...
32 hari
wongmeifong93
4 months baby (phlegm and diarrhea) protein sensitive Hi, my baby 4 months old. I worries she have Protein sensitive. Fully formula, between the 4 months she change 5 brand of formula. Worries will have any side effect to her. Annum Day 1-10 (constipa… Baca lagi...
26 hari
Sulit
Bayi 9 bulan demam batuk selsema on off 6 hari Anak saya berumur 9 bulan. Demam selsema batuk sejak 18/3/2020. Pergi klinik kesihatan pada 19/3/2020. Diberi ubat demam, cair kahak dan antibiotik. 20/3/2020 masih demam dan beri ubat mengikut … Baca lagi...
9 hari
nurliyana_mansor
Makan ubat, then muntahkan balik Hai, anak saya brumur 8 bulan… sekrg ni ank sya demam dalam suhu 38.9 . bila saya beri ubat, anak saya akn muntahkan balik… Baca lagi...
10 jam
Sulit
Mata bertahi baby 7 bln Ank sy 7bln++ mata bertahi dan selsema sikit. Baca lagi...
15 hari
NEW! COVID-19 TESTING SERVICES >
Tanya Doktor Percuma Kunjungi ePharmacy