
eiryn44
5 tahun
Bayi berak cair selepas tukar susu
Hi doc… Bay sy baru berusia 37 hari… Awl bersalin, sy eri susu bdn, selepas mkn jamu, susu badan kering dn terpaksa bg bayi susu formula… Pihak farmasi cadangkan similac lactose free… Keadaan tahi bayi sgt ok… Tp sebab kan mahal, sy menukar susu yg bukan lactose free… Bayi sy jd berak cair… Kenapa ya? Apa kandungan dlm susu yg berbeza utk sy perlu ambil tahu?? Sy buntu… Harap doc dpt membantu…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah anda.
Berak cair dalam kalangan bayi kadang-kadang adalah perkara biasa. Namun sebagai ibu-bapa, anda harus perhatikan gejala cirit-birit yang lain. Ini termasuk muntah-muntah, demam, dan kadang-kadang darah atau lendir dalam najis bayi anda
Cirit-birit boleh disebabkan oleh:
- alergi
- minuman susu formula tidak dibuat dengan betul
- selsema
- antibiotik
- keracunan makanan
- kekurangan enzim(walaupun jarang berlaku)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anak anda serta pemeriksaan perlu dijalankan. Anda dinasihatkan untuk membawa anak ke hospital atau klinik untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah ini. Sila ke klinik atau hospital dengan segera sekiranya anda mendapat simptom seperti najis berdarah, cirit-birit, muntah, demam atau sakit perut yang teruk.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.