
Anonymous
5 tahun
Bayi demam & berak hijau cair
Hai Doc, saya nak tahu berkaitan najis bayi sekiranya berwarna hijau cair adakah disebabkan ketidakseimbangan susu atau punca lain?
Bayi saya baru je genap 11 bulan, menyusu badan sepenuhnya & dah mula makan solidfood. Hari pertama genap 11 bulan dia demam & 3 kali berak hijau cair. Demam & berak hijau cair berlarutan sampai esoknya. Hari ketiga dia dah tak demam tapi masih berak hijau cair. Bayi aktif & masih menyusu seperti biasa. Adakah ianya sesuatu yg perlu dirisaukan & dirujuk pada pakar?
Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi.Untuk makluman pihak anda, najis bayi biasanya berwarna seperti mustard dan kehijauan. Sesetengah bayi mempunyai najis yang lebih hijau. Walaubagaimanapun, harus diingatkan bahawa najis bayi yang menyusu dengan susu ibu boleh berubah mengikut pemakanan ibunya.
Walaupun najis hijau biasanya adalah normal, sila rujuk anak anda kepada doktor dengan segera jika anak anda mempunyai simptom lain seperti:
- Kerap menangis dan meragam seperti sakit
- Cirit-birit
- Tidak mahu menyusu
- Najis berdarah
- Demam
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.