
Sulit
4 tahun
Bayi demam dan berak hijau
Bayi saya berusia 2 bulan 14 hari. Dia mengalami demam dan berak cair berwarna hijau. Boleh saya tahu kenapa bayi saya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami ke khuatiran pihak puan & suami. Kami juga mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Umumnya warna berak bayi yang abnormal ini boleh berpunca dari pelbagai jenis masalah dan gangguan, antaranya adalah:
- gangguan saluran hempedu
- gangguan saluran pencernaan atau usus
- jangkitan kuman (disertai dengan demam)
- ubat-ubatan
- dan lain-lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.