
sitinazatul92
5 tahun
Bayi kurang berat badan
Anak saya berumur 2 bulan. Panjang 58cm. Berat 4.45kg. Say
a rasa sangat tertekan setiap kali checkup di klinik, beratnya tidak memuaskan. Ape perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk pengetahuan anda, tumbesaran bayi adalah berbeza dari segi berat dan tinggi. Dari lahir hingga usia 6 bulan, bayi mungkin membesar 1/2 hingga 1 inci (kira-kira 1.5 hingga 2.5 sentimeter) sebulan dan kira-kira 140 hingga 200 gram seminggu. Berat bayi anda mungkin akan digandakan dengan berat badan kelahirannya dalam lingkungan lima bulan.
Berdasarkan maklumat yang diberi, saya berpendapat bayi anda masih dalam lingkungan normal. Namun sekiranya perkara ini membimbangkan anda, saya sarankan untuk anda merujuk kepada doktor di klinik atau hospital kerana mungkin berat bayi anda tidak bertambah disebabkan faktor pemakanan yang salah atau sebab yang lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.