Sulit
2 tahun
Bayi pernafasan berkahak
Assalammualaikum
Anak saya baru sebulan tapi berkahak… Adakah normal? Normal ka bayi kadang-kadang pernafasannya cepat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala nafas laju dan kahak yang dihadapi oleh bayi anda. Gejala yang si kecil alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Umumnya bunyi bernafas laju dan berkahak boleh menandakan gangguan yang berpunca dari:
- kelainan struktur saluran pernafasan (i.e. laryngomalacia)
- jangkitan kuman (i.e. adenoid, tonsilitis etc.)
- kelainan paru-paru (i.e. asma)
- dan lain-lain
Memandangkan perkara ini berkaitan dengan pernafasan, disaarankan untuk segera ke pusat kesihatan berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut bagi mengelakkan sebarang komplikasi.
Kami juga sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk penerangan lebih lanjut. Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Terima kasih.