
mona_sam139
4 tahun
Bayi ruam susu di pipi
Hye doc.
Bayi saya berusia 8 bulan. Dan sekarang mengalami ruam susu di pipi. Apakah ubat yang paling berkesan untuk masalah ini? Dah pelbagai jenis krim saya gunakan tapi masih belum hilang ruam susu.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Berdasarkan keterangan yang diberi, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala ruam ini kerap berlaku untuk bayi dibawah umur 2 tahun dan ia mungkin bergantung kepada sejarah imunisasi bayi anda dari sejak lahir.
Ruam pada bayi boleh disebabkan oleh penyakit jangkitan kuman, virus atau pun kulat. Ia juga boleh disebabkan oleh penyakit alahan,keradangan kulit ataupun terlalu sensitif dengan haba.
Maklumat yang anda beri tidak mencukupi untuk mengetahui punca masalah yang tepat. Kami memerlukan informasi lebih mengenai masalah ruam yang dihadapi seperti bentuk, warna, lokasi merebak dan juga simptom-simptom lain seperti demam atau batuk. Oleh itu, kami tidak dapat mencadangkan ubat atau krim yang sesuai dengan ruam susu yang anda hadapi.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan dengan kadar segera untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.