Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Bayi tak berak dah 15hari

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Ogos 12, 2019 3:59 AM

wawashii 9 bulan

Baby saya berusia 3bulan dan fully breastfeed… kekerapan berak biasanya seminggu sekali… tp sekarang dah 15hari belum berak… keadaan baby skrg normal, menyusu spt biasa dan perut xkembung… kentut bau busuk… adakah keadaan ini normal dan jika ya, berapa lamakah limit utk seseorang bayi xberak? Bila saya wajar refer pakar kesihatan? Terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 9 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, untuk sebahagian besar bayi berusia lebih 2 bulan yang fully breasfeed, tidak berak selama beberapa hari itu adalah normal. Hal ini kerana, susu ibu mempunyai keseimbangan pemakanan yang sempurna untuk bayi anda, sehinggakan sisa susu yang menjadi najis adalah sangat sedikit. Yang penting adalah untuk anda perhatikan apakah terdapat tanda-tanda sembelit seperti:

  • menangis
  • hilang selera makan (minum susu)
  • muntah
  • kembung
  • harus meneran
  • kotoran cair atau keras

Bagu sesetengah bayi lain yang mana tidak buang air besar lama, terdapat masalah kesihatan yang mungkin terjadi berupa:

  • Hirschsprung disease akibat kehilangan sel saraf di usus
  • Volvulus - yaitu apabila bahagian usus terbelit

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Aug 12 2019 03:59:41 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Anak menghadapi sembelit lebih dari sebulan. On off. Kadang kadang okay, tapi usually memang sembelit. Saya buntu saya dah bgai makan yang berkhasiat, air cukup Anak saya lelaki berumur 2 tahun 9 bulan seberat 14kg. Dia sering sembelit walaupun sy sentiasa membrikan nya air setiap jam, sayur hijau dan buah. Sy juga sudah mmberikan laktul mengikut nasih… Baca lagi...
28 hari
Sulit
Anak meragam dan melakukan perkara berulang Anak perempuan saya berumur 12 tahun.dia cepat runsing dgn adik lelakinya berumur 6 tahun dan akna mengelak daripada bertemu dengan adiknya.jika berselisih,dia akan cepat2 membasuh tangannya at… Baca lagi...
26 hari
Sulit
Muntah muntah dan berak najis cakr hitam anak saya berusia 1 tahun 2 bulan. 2 hari ni dy muntah2 dan hari ni dia berak cair berwarna hitam. bahaya tak doctor? Baca lagi...
26 hari
Sulit
Mandikan bayi waktu pagi saya ibu kepada bayi berumur 3 bulan…soalan saya, adakah terdapat apa-apa risiko kepada bayi jika memandikannya awal pagi?sebagai contoh,dalam lingkungan jam 6.45pagi…saya sedia maklum bahawa wa… Baca lagi...
11 hari
Sulit
Buang air besar tanpa disedari Saya ada anak,saudara 9 thn lelaki sering berak di seluar tanpa dia sedari hingga hari ini Baca lagi...
6 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi