Sulit
3 tahun
Bayi tidak berak 3 hari
Bayi saya berumur 4 bulan dan baru shj minum susu formula sepenuhnya sejak seminggu yg lepas. Baru berak sekali dlm tempoh seminggu. Perlu ke tukar susu formula atau perkara ini normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang bayi anda yang tidak membuang air besar selama 3 hari. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada beberapa perkara, antaranya:
- penyusuan tidak mencukupi
- penukaran jenis susu formula
- sembelit
- masalah pada usus seperti usus berbelit
- masalah pada perut
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Oleh kerana bayi anda tidak membuang air besar dalam beberapa hari ini, saya menyarankan anda membawanya berjumpa dengan doktor jika dia tidak aktif, menangis dengan kuat, kurang menyusu, tidak kentut sama sekali dengan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.