
Sulit
4 tahun
Beginner braces user
sy nk tnya… semalam sy pakai braces for the frst time… n my dentist takde bgi apa2 consultation pun… sy ada juga buat research psal cara jaga and so on… tp sy nk yg betul2 dari dentist punya perception… boleh tak Dr bgi list cara betul dlm pnjgaan gigi utk brces user? i mean step by step

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk maklumat anda, pemakaian pendakap gigi memerlukan penjagaan lebih rapi kerana karang lebih mudah terbentuk di celah-celah pendakap.
Anda boleh lakukan perkara ini untuk penjagaan gigi semasa menggunakan pendakap gigi:
- Gosok gigi menggunakan berus halus
- Gosok di bahagian atas dan bawah pendakap anda untuk membuang partikel makanan yang berada di pendakap anda
- Amalkan flossing gigi
- Elakkan daripada makan makanan yang keras, liat dan bercantum dengan tulang untuk mengelakkan kerosakan pendakap
- Potong makanan kepada saiz yang boleh dikunyah ataupun kisar makanan anda supaya lebih mudah untuk dikunyah
- Sentiasa berkumur dan memberus gigi setelah makan sekiranya boleh
- Sekiranya anda mengalami ketidakselesaan pada peringkat awal pemakaian, anda boleh makan ubat tahan sakit ataupun meletakkan ubat tahan sakit topikal (ubat sapu) pada bahagian yang tidak selesa
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai penjagaan gigi semasa menggunakan pendakap. Anda juga boleh menelefon klinik gigi anda atau kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan matlumat lanjut mengenai penjagaan pendakap gigi daripada doktor kami. Terima kasih.