Sulit
2 tahun
Bekas Covid-19 dan kontak rapat dengan pesakit baharu positif covid-19
Bulan March lalu saya dijangkiti Covid-19 dan sudah pulih. Hari ni kawan sekerja saya pula positif dan saya kontak rapat dengannya. Adakah saya perlu membuat swab test dan kuarantin lagi? Adakah saya boleh dijangkiti lagi?
2 tahun
Salam sejahtera & terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda terkait wabak yang semakin berkembang, lebih-lebih lagi berkaitan situasi kontak rapat dan kemungkinan terdedah kepada jangkitan COVID-19.
Menurut informasi terkini, individu yang pernah sembuh dari jangkitan COVID-19 masih berpotensi untuk dijangkiti semula dengan virus COVID-19. Berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM kontak rapat di definisikan sebagai:
- Individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan, sama ada:
- bersemuka dengan pesakit COVID-19 pada jarak kurang dari 1 meter
- atau bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes COVID-19
- Individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan COVID-19
- Individu yang duduk dekat (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 dalam satu premis seperti pejabat, kelas, rumah ibadat, kedai dan lain-lain
Akan tetapi, berdasarkan sejarah dan risiko penularan sahaja, agak sukar untuk menentukan adakah anda benar-benar terjangkiti virus COVID-19 atau tidak. Oleh itu, penilaian selanjutnya hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Anda juga digalakkan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 bagi menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk mendapatkan ujian saringan COVID-19 melalui beberapa platform yang sedia ada termasuk
- Ujian dari rumah
- Ujian di klinik terdekat
- Ujian secara pandu lalu
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini