Sulit
3 tahun
Bekas kudis yg menghitam
Saya wanita berumur 23 tahun . Saya mempunyai bekas kudis yg menghitam di bahagian kaki berpunca daripada demam campak semasa saya berumur 17tahun . Bagaimanakah cara untuk menghilang kannya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah bekas kudis yang gelap boleh ditangani dengan beberapa langkah walaupun hasinya tidak serta-merta. Antaranya:
- Menggunakan minyak yang mengandungi Vitamin E
- Rajin mengurut untuk meningkatkan aliran darah ke bahagian bekas kudis
- “Exfoliating” untuk membuang sel mati dan mencerahkan bahagian parut
- Ubat untuk parut yang dijual di farmasi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor atau doktor pakar kulit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Klik link ini untuk bercakap dengan seorang pakar kulit (specialist booking). Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.