Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Bekas pesakit covid 19 duduk serumah dengan pesakit covid yang masih aktif

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mac 9, 2022 9:20 AM

Sulit 3 bulan

Saya wanita dalam 30an mempunyai 4 org anak.anak pertama dan ke2 dan suami baru lepas habis kuarantin pada 6 Mac lalu dan pada tarikh yang sama saya telah menunjukkan simtomp. Saya telah membuat RTK di klinik swasta dan didapati positif dan anak yg ke4 masih negatif. Jadi saya telah duduk asing dibilik dengan sorang lagi anak ke3 saya yang masih belum habis kuarantin dan anak ke4 saya duduk dengan suami dan anak yang yang habis kuarantin.Selang 3 hari anak ke4 menunjukkan simtom dan telah buat RTK kali ke2 dan didapati positif.
Persoalannya adakah anak saya yang ke4 boleh menjangkiti semula suami dan kedua anak saya yang menjaganya.

Dr Sashini Seeni 3 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Untuk makluman anda, setakat ini, tempoh kuarantin bagi jangkitan COVID-19 adalah 5-10 hari berdasarkan status vaksinasi anda, Jika semua keluarga anda telahpun disahkan positif, anda boleh kuarantin di ruangan yang sama.

Kebiasaannya mereka yang telah dijangkiti dan sembuh, telah mempunyai antibodi terhadap jangkitan ini, oleh itu kemungkinan untuk kembali dijangkiti dalam masa terdekat adalah rendah.

Apa yang penting adalah anda dan keluarga yang telah disahkan positif terus menjalani kuarantin kendiri sehingga tamat tempoh yang ditetapkan. Anda boleh rujuk pautan ini untuk rujukan tentang panduan kuarantin dalam rumah.(muka surat 33-35)
Garis panduan MOH

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19

Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini

Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

Dikemaskini pada: Wed Mar 09 2022 09:20:17 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Dari RM70 Vaksin COVID-19 Dari RM109
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA Saringan Kesihatan Dari RM100
Ambil Ujian Darah
Lakukan ujian darah di rumah anda sekarang. Dapatkan keputusan dalam 2 hari.
Tempah Saringan Darah
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80