Sulit

2 tahun

Bekas pesakit covid 19 Hilang deria bau

Saya bekas pesakit covid 19 pada bulan 5, Selepas 2 bulan deria rasa Dan deria bau kembali, Tetapi deria bau Saya tidak seperti dulu. Kalau Saya nak bau, Saya kena dekatkan hidung Dan Bila Saya nak makan saya dapati hidung Saya tidak berbau seperti apa yg Saya makan. Contohnya Bila Saya makan ayam, telur Saya Akan bau durian kadang ii. Dan Bila Saya pakai bedak atau minum air gas, Saya rasa macam Saya makan minyak wangi.saya tidak dapat bau seperti dlu lagi

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah gangguan pada deria bau selepas sembuh daripada jangkitan covid-19. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.

Untuk makluman anda, gejala selepas dijangkiti Covid-19 atau ‘long covid’ boleh terjadi kepada bekas pesakit selama berminggu-minggu atau berbulan lamanya. Long covid dapat membuatkan bekas pesakit virus itu masih mengalami beberapa gejala meskipun ujian calitan menunjukkan mereka bebas daripada Covid-19.
Proses pemulihan daripada wabak itu kebiasaannya mengambil masa di antara 14 ke 21 hari namun jika seseorang itu terus menunjukkan gejala selama lebih daripada lima minggu, maka itu adalah tanda seseorang itu mengalami long covid.

Meskipun masih belum ada hubungan konklusif mengenai apa yang membuatkan mereka mengalami long covid, namun ia biasanya berlaku kepada pesakit yang pernah mengalami gejala sederhana dan teruk. Menerusi beberapa kajian, risiko long covid lebih tinggi terjadi kepada golongan wanita, individu dengan masalah obesiti serta golongan warga emas. Individu dengan long covid biasanya lebih cenderung mengalami gejala kronik dan berpanjangan tetapi berbeza-beza bagi setiap pesakit.

Antara gejala biasa long covid adalah gangguan pernafasan termasuk batuk berpanjangan, masalah deria bau atau rasa, penurunan kadar oksigen dalam darah dan sesak nafas melebihi tiga bulan. Selain itu, long covid juga dapat memicu pelbagai kesan sampingan yang dapat menyebabkan masalah dalam jangka masa panjang seperti kerosakan paru-paru, gangguan tidur, masalah ingatan, gangguan kesihatan mental dan sistem kekebalan tubuh menjadi lemah.

Memandangkan gejala long covid dapat mempengaruhi tubuh dengan cara berbeza-beza, tiada satu rawatan khusus dapat membantu pesakit. Bagaimanapun, ia boleh diatasi dengan mengubah gaya hidup seperti lebih banyak berehat, bersenam, pemakanan dan sebagainya. Individu dengan long covid juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi membantu mengelola gejala dengan lebih baik.
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.

Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

kelly-sikkema-tDtwC11XjuU-unsplash%20(1)

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19

Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini

Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)