Sulit
4 tahun
Bekas pesakit covid 19 yg sudah discharge
hi doktor sy adalah bekas pesakit covid yg sudah discharge pada sabtu lepas tetapi sejak pulang sy hanya mengalami satu simptom iaitu batuk sahaja apakah itu biasa? juga boleh ke saya hanya mengambil ubat batuk sahaja dan selesai
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Sesak nafas
- Sakit badan
Sakit tekak merupakan gejala di mana tekak berasa sakit dan kebiasaannya bertambah sakit ketika menelan. Jadi ia mungkin berbeza dengan tekak gatal. Untuk masalah batuk, ianya sukar untuk dibezakan sama ada ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut.
Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Di samping itu, saya ingin menyaran agar anda mengamalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































