Sulit
2 tahun
Bekas pesakit covid , hubungan intim bersama isteri
Assalamualaikum/Salam sejahtera
saya merupakan bekas pesakit covid dah baru sahaja habis menjalani tempoh kuarantin selama 10 hari. Pertanyaan saya, bolehkah melakukan hubungan intim bersama isteri, dan aktiviti bercumbuan dilakukan kerana terdapat permindahan air liur terjadi. fyi isteri saya sedang hamil. terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, pesakit Covid yang menjalani kuarantin di rumah hendaklah mengasingkan diri dari ahli keluarga selama 10 hari. Selepas taat kuarantin selama 10 hari, anda hendaklah melakukan ujian swab test covid 19 untuk memastikan bahawa anda sudah benar-benar sembuh dari jangkitan covid 19 dan mendapat keputusan negatif. Selepas itu, barulah anda boleh berjumpa dengan ahli keluarga anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini