
Sulit
3 tahun
Bekas pesakit covid mengandung
Hi dokter. Saya telah sembuh dr covid. Dan selepas sebulan sy sembuh, sy didapati mengandung. Virus covid masih ade dalam badan dan adakah akan mempengaruhi bayi dalam kandungan? Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai adakah bekas pesakit covid akan mempengaruhi kehamilan anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, bekas pesakit COVID akan kekal positif untuk seberapa ketika kerana masih terdapat fragmen virus yang tidak aktif di dalam badan. Tempoh masa yang diambil biasanya untuk menjadi neutral kembai adalah selepas 3 bulan.
Namun usah khuatir kerana jika disahkan positif, tunjukkan surat yang anda adalah bekas pesakit COVID dan pihak hospital akan menilai tahap dan status anda berdasarkan keputusan yang diperolehi.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan