affpeace4
2 tahun
Bekas pesakit covid tahap 4 hidung tersumbat dan kembung perut
hai doc sy adelah bekas pesakit covid tahap 4 dan telah sembuh setakat ini sudah 3 bulan sembuh msalah sy kebelakangan ini sy sering hidung tersumbat dan kembung perut dan kuat sedawa sy amat rasa tidak selesa dan sukar utk bernafas… akan tetapi bila check oximeter oxygen sy 99%-100% dan baru2 ini sy ade pergi ke klinik dan doctor beri ubat prednisolone… doktor saran kn sy mengambil ubat itu 2 dos dan 3 kali sehari… selepas sy mengambil ubat itu pd mlm itu hidung tersumbat dan kembung perut lalu hilang… dan pada ke esk kn hari selepas makan sy berasa letih… adakah kesan dari ubat itu… atau sy kene trus kan mengambil ubat itu… atau ambil ubat itu bila perlu? sy da bt test jantung or ct scan dekat hospital smua nye normal
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang diberi oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi yang tertentu. Doktor perlu mengetahui tentang sejarah penyakit anda dengan lebih lanjut serta perlu melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh sebelum membuat kesimpulan mengenai penyakit anda dan memberi anda ubat. Anda perlu minum ubat tersebut mengikut arahan dan nasihat daripada doktor kerana setiap ubat-ubatan mempunyai kesan sampingan yang tertentu.
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.