Sulit
4 tahun
Bekas pesakit covid
Assalamualaikum dan hi doktor. Saya wanita berumur 22 tahun dan merupakan bekas pesakit yang disahkan covid-19 bergejala beberapa bulan lepas. Saya nak tau adakah saya layak untuk menerima vaksin covid ni doktor? Terima kasih atas penjelasan doktor 
4 tahun
Waalaikumussalam, terima kasih atas soalan yang diajukan kepada pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, disebabkan anda pernah mendapat jangkitan COVID-19, anda dikecualikan daripada menerima vaksin ini memandangkan anda telah mendapat imuniti semulajadi terhadap virus tersebut. Vaksin ini akan diberikan kepada individu sihat yang tidak pernah terdedah kepada virus COVID-19 untuk membina ketahanan imuniti melawan virus ini sekiranya dia terdedah kepada virus tersebut pada masa hadapan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Secara ringkas, berikut merupakan beberapa kriteria pengecualian penerimaan vaksin COVID-19 pada seperti yang telah digariskan di dalam garis panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan:
- Pernah disahkan positif COVID-19
- Mempunyai sejarah alahan terhadap mana-mana vaksin sebelumnya
- Mempunyai sejarah alahan terhadap bahan yang digunakan di dalam vaksin
- Mempunyai reaksi alahan setelah menerima suntikan dos pertama COVID-19
- Golongan ibu hamil dan menyusukan anak
- Golongan kanak-kanak
- Golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai persoalan anda. Anda juga boleh mendapatkan penjelasan yang lebih jelas daripada doktor kami dengan menghubungi kami di (DoctorOnCall). Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























