Anonymous
4 tahun
Belakang Badan Berjerawat
Saya wanita berusia 24 tahun dan mengalami masalah jerawat pada belakang badan yang boleh dikatakan teruk juga. Saya ada membaca bahawa jerawat yang terjadi itu adalah kerana pembiakan demodex mites pada kulit. Jadi saya mencari solusi untuk membunuh demodex tersebut. Saya menggunakan Tea Tree Oil (Brand: Cosmoderm). Tetapi, badan saya terasa panas dan berangin setiap kali saya sapu krim tersebut. Jadi saya mahu bertanya adakah situasi ini normal? Atau saya tidak sesuai menggunakan krim tersebut? Setakat ini, kulit badan saya tiada sebarang efek yang teruk.
Mohon pencerahan.
Terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan jerawat di badan. Antaranya ialah:
- bakteria dan penghasilan sebum (minyak) di pori-pori kulit yang berlebihan.
- salah penggunaan produk seperti body lotion, sabun mandi
- pakaian ketat
- makanan yang tidak sihat
- stress
- perubahan hormon dalam tubuh
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.