Sulit
4 tahun
Belakang badan merah2
Hai saya seorang pelajar wanita. Sebelum masuk belajar saya mempunyai masalah belakang badan merah2 atau dapat dikenal pasti badan berjerawat. Semenjak saya mula sambung belajar, belakang badan saya semakin teruk. Saya dapati ini berkemungkinan kerana peluh dan persekitaran. Ikhtiar pertama saya adalah menukar sabun badan tapi masih tiada hasil. Ikhtiar kedua saya adalah mandi/pastikan badan sentiasa kering. Ikhtiar ke-3 saya adalah kerap menukar tuala dan berus badan. Namun semua tidak menampakkan hasil. Ada tips untuk mengatasi masalah ini dari skop pelajar?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, jerawat secara amnya timbul kerana faktor risiko berikut seperti;
- Sejarah keluarga
- Merokok
- Tekanan Emosi
Ia kemudian menjadi jerawat apabila terdapat kejadian berikut:
- Peningkatan dalam produksi sebum
- Infeksi oleh bakteria
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome
Jerawat di tubuh memerlukan perawatan yang lama sehingga kurang lebih 6 bulan kerana jerawat adalah penyakit kronik. Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keparahan jerawat adalah:
- Cuci muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci muka atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah ke muka
- Kurangkan stress
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktori secara peribadi melalui atas talian atau klik link ini (DoctorOnCallEPharma)untuk bercakap dengan ahli farmasi kami tentang ubatan yang sesuai untuk kulit anda. Terima kasih.