
Sulit
4 tahun
Benci anak perempuan?
saya berumur 21 dan ibu kepada 2 anak , anak pertama sy umur 3 tahun perempuan , anak kedua sy lelaki umur 3 bulan . sy pelik sy macam benci anak perempuan sy klau sy nampak muka dia , tapi kalau dia jauh sy rindu dia . husband sy pun perasan . setakat ni sy okay layan baby boy sy .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Berdasarkan keterangan anda, secara umum, terdapat beberapa kemungkinan perkara sedemikian boleh berlaku, antaranya ialah:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Kegelisahan ( anxiety )
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami juga ingin menasihati anda agar untuk sentiasa berkeyakinan diri dan selalu berfikiran positif dalam menangani masalah anda. Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Bagi mengatasi masalah ini, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum rawatan dapat diberikan.
Anda memerlukan khidmat nasihat mengenai masalah anda? Pakar kami sedia membantu anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Sekiranya anda mengalami kecenderungan untuk membahayakan orang sekeliling atau diri sendiri, anda boleh klik pada laman web ini atau anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 dengan kadar yang segera.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.