Sulit
5 tahun
Benda bergerak di kepala belah kanan
Hai doktor… Sy mempunyai masalah… Sejak kebelakangan ni sy terasa sesuatu bergerak di dlm kepala belah kanan… Kadang2 ianya menganggu sy…ada kala ny sy rs xselesa… Walaupon tidak kerap tp msti terasa juga sehari sekali… Sy juga didiagnos mild vertigo…lg 1 deria rasa sy juga kadang2 terganggu seperti kerap berasa payau/atau kebas di lidah dh tangan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara:
- jangkitan otak (encephalitis)
- denyutan salur arteri di kepala
- ketumbuhan pada otak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.




































