
Sulit
4 tahun
Bengkak akibat sengat lebah di pipi
saya disengat lebah 3 hari yang lepas di pipi saya, adakah bengkak akibat sengat itu akan kekal?, dan saya tak rasa gatal dan sakit pada kawasan bengkak itu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bengkak tersebut biasanya akan hilang setelah keradangan di bahagian sengatan surut. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya:
- Anda mengalami reaksi alergi yang teruk
- Simptom sengatan lebah tidak hilang dalam masa beberapa hari
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.