
rainyrafar
4 tahun
Bengkak @ benjolan di bawah dagu/leher
saya wanita berumur 29 tahun.sy mengalami bengkak dibahagian bawah dagu@leher.adakah ia bahaya dan ape yg perlu sy lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, benjolan di bawah kulit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Epidermoid cyst yaitu mirip jerawat
- Lipoma pengumpulan lemak
- Limfadenitis akibat jangkitan organisma seperti Tibi
- Furuncle seperti bisul
- Beguk
- Pembesaran kelenjar tiroid
Sebetulnya, tanpa melihat atau memeriksa anda, sukar untuk ditentukan asal bengkak tersebut apakah dari otot ataupun kelenjar ataupun hanya masalah kulit. Sebaiknya anda merujuk ke doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut dan supaya dapat diberikan pengubatan dan perawatan yang tepat dan efektif.
Langkah awalnya termasuk, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.