
Sulit
3 tahun
Bengkak dalam hidung
Hello doc…hidung sy tidak dapat berfungsi dgn baik…sy sudah berjumpa dgn doc,dan doc bg ubat nasal spray suspension brand avamys…tp hidung sy tetap sama…sy sudah lebih sebulan tidak dapat tidur kerana hidung sy tsumbat.adakah sy perlu berjumpa dgn pakar ent?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah hidung tersumbat, bengkak didalam hidung sehingga mengganggu waktu tidur anda. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Alahan
- Bendaasing di dalam saluran nafas
- Perubahan cuaca
- Kekurangan air
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Trauma ataupun luka didalam struktur hidung
- Polip hidung
- kelainan struktur rongga hidung
- Pertumbuhan sel jinak mahupun ganas
- Sinusitis
- Jangkitan kuman, virus
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.