
Anonymous
4 tahun
Bengkak di bawah ketiak sebelah kiri
Macam mana nak hilangkan bengkak pada ketiak bahagian kiri…
Makin lama makin membengkak, dan merah, bila di sentuh rasa sakit…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Benjolan di ketiak anda mungkin disebabkan oleh pori yang tersumbat dan kemudian dijangkiti kuman atau satu keadaan yang dipanggil ingrown hair. Ini adalah perkara yang biasa berlaku pada bahagian - bahagian pelipat badan terutamanya ketiak.
Benjolan tersebut boleh berulang pada mana-mana bahagian badan dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Antara cara menghindarinya ialah dengan menjaga kebersihanseperti menggunakan pencukur yang baru apabila mencukur ketiak dan gunakan sabun apabila mandi terutamanyaselepas berpeluh.
Sekiranya ia berulang atau anda merasa risau dengan benjolan tersebut, anda boleh bercakap dengan doktor untuk kepastian. Anda boleh klik link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan doktor kami yang bertauliah.