Anonymous
6 tahun
Bengkak kelenjar limpha
Saya nuryn berumur 17 tahun merasai di tepi lihat dan tepi pipi saya adanya tombol biji yang tidak kunjung sembuh berminggu minggu.mata saya juga kerap kabur dan kepala sudah masuk 2minggu sakit menekan nekan.saya juga kerap berpeluh ketika malam.haruskah saya melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital.terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Berdasarkan penerangan anda, benjolan itu berkemungkinan besar adalah kelenjar limfa anda. Kelenjar limfa memainkan peranan penting dalam mempertahankan tubuh badan kita daripada jangkitan kuman. Kelenjar limfa biasanya membesar ketika jangkitan berlaku.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Jangkitan virus seperti adenovirus, herpesvirus, coxsackievirus, EBV dan CMV. Biasanya, kelenjar limfa yang membesar itu sakit tetapi tidak menjadi merah atau panas.
- Jangkitan bakteria seperti Streptococcus. Secara umumya, kelenjar limfa dalam keadaan ini sakit, merah dan panas apabila disentuh.
- Radang telinga dan jangkitan kulit di bahagian leher dan kepala.
- Penyakit tibi.
- Kanser seperti leukemia dan limfoma. Walaupun penyakit ini tidak berkemungkinan besar menjadi punca gejala yang anda alami, kami masih perlu mempertimbangkan kanser kerana komplikasinya lebih serius.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




































