
Sulit
5 tahun
Bengkak keras di lutut
Minggu lepas saya terjatuh dan terhentak di bhgian lutut saya. Ia timbul lebam dan bengkak. Tiada patah atau retak dikawasan tersebut. Harini lebam pada lutut saya mula pudar tetapi bengkak tersebut menjadi keras. Kaki sya boleh berjalan seperti biasa cuma kadang2 sakit tk boleh lurus dngn tegak dan terasa tertekan di bgian bengkak tersebut. Kwsan bengkak tu rse pnas dan keras. Kdng2 rse lenguh dan berdenyut. Bila sya nak luruskan kaki sya dia akan berbunyi krek di lutut dan terasa berat. Bila saya duduk dia rse tertekan di bwah lutut. Adakah ia berbahaya atau itu mmg biasa terjadi bila terhentak?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh perkara seperti:
- myositis ossificans (lebam yang menjadi keras dan ini memudaratkan anda kerana boleh mengganggu pergerakan kaki)
- hematoma (pendarahan yang telah membeku di dalam otot atau bahagian anggota yang tercedera)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.